KUANTAN — Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan bagi mengiktiraf kesungguhan 160 orang pelajar dalam bidang akademik, asrama dan kepimpinan Islam.
Majlis tahunan ini disempurnakan dengan kehadiran barisan pentadbir Al-Irsyad, guru-guru, kakitangan serta para ibu bapa yang hadir memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Melahirkan Generasi Muttaqin
Pengetua SMAI menegaskan komitmen sekolah dalam menyediakan sistem asrama penuh yang bukan sekadar tempat tinggal, tetapi medan tarbiah membentuk jati diri berdikari, solat berjemaah lima waktu, dan akhlak muttaqin.
Beberapa anugerah utama disampaikan termasuk Anugerah Tokoh Pelajar Mithali, Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan, Tokoh Asrama Teladan, serta Tokoh Sukan & Kokurikulum (Tenis, Memanah dan Bola Tampar).