AL-IRSYAD
Menelusuri sejarah penubuhan, falsafah pendidikan rabbani, visi dan misi kecemerlangan sejak tahun 1989 di bumi Darul Makmur.
"Pendidikan adalah suatu proses yang berteraskan tauhid bagi membina insan yang rabbani di dalam sistem yang holistik, bersepadu, seimbang dan dinamik berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah."
Usaha ini adalah bagi membentuk individu yang berkemampuan membangunkan kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan negara ke arah satu peradaban yang sejahtera demi kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad (SRAI) Kuantan adalah sebuah sekolah rendah swasta yang telah ditubuhkan pada bulan Januari 1989 dengan bilangan murid seramai 17 orang dan 3 orang guru.
Sekolah ini ditubuhkan atas dasar keprihatinan masyarakat terhadap pendidikan Islam dan untuk memberi khidmat kepada masyarakat akan pentingnya pendidikan berteraskan Islam dalam pembentukan akhlak anak-anak.
SRAI didaftarkan dengan Jabatan Agama Islam Pahang (No. Pendaftaran: KS 010/89) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (No. Pendaftaran: JPNP / SRI / 0060 / 2002 / K / CIC4142).
Atas sambutan yang menggalakkan dari semua pihak, SRAI berpindah ke bangunan barunya di Lot 19, Kampung Kurnia Batu 3 1/2, Jalan Gambang, Kuantan pada sesi 1991/92 di atas tanah yang diwakafkan oleh Tuan Haji Othman bin Haji Ibrahim.
Perasmian Bersejarah (18 April 1992):
Perasmian bangunan disempurnakan oleh Ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dan menjadikannya Sekolah Rendah Islam yang pertama di bumi Darul Makmur.
Sehingga kini SRAI mempunyai 20 buah kelas yang merangkumi Tahun Satu hingga Tahun Enam dengan bilangan murid lebih kurang 600 orang dan bilangan guru seramai 35 orang.
Buat pertama kalinya murid SRAI bagi Tahun Enam telah menduduki peperiksaan UPSR pada bulan Julai 1994 dan telah berjaya mencapai keputusan cemerlang dengan 94.4% kelulusan dan 2 orang murid mendapat 4A. Selain itu, murid juga diwajibkan menduduki peperiksaan UPSRI (diniyyah) pada bulan Oktober.
Sekolah Rendah Islam Al-Irsyad sebagai sebuah Institusi Pendidikan Islam yang memimpin dan paling berjaya di Negeri Pahang.
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1995, bertempat di kawasan tanah yang sama dengan SRAI iaitu di Kampung Kurnia, Batu 3 1/2 Kuantan.
Pada peringkat permulaan hanya terdapat lebih kurang 33 orang pelajar (27 orang di Tingkatan Satu dan 6 orang di Tingkatan Dua). Kini bilangan pelajar telah meningkat kepada 160 orang dengan 14 kakitangan (12 orang guru, seorang kerani dan seorang pembantu am).
SMAI ditubuhkan sebagai kesinambungan dalam menyediakan sistem pendidikan Islam secara integrasi, menyeluruh dan formal selaras dengan Falsafah Pendidikan Islamnya.
Asrama yang diwujudkan adalah untuk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran sekolah serta memudahkan aktiviti-aktiviti kokurikulum dan tarbiah murid.
Membentuk generasi muttaqin yang benar-benar mampu menghayati serta melaksanakan Islam. Merealisasikan budaya ilmu berteraskan Islam. Memberikan kemahiran-kemahiran asas agar boleh berdikari dan mengharungi realiti hidup.
Satu legasi pendidikan Islam bersepadu yang lengkap merangkumi prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah berasrama penuh, dan maahad tahfiz.
Peringkat Rendah
Lot 19 Kampung Kurnia Batu 3 1/2 Jalan Gambang. Yuran RM250/bulan.
Lihat Sekolah →Peringkat Menengah
Kampung Kurnia Gambang. Asrama Penuh. Yuran RM460/bulan.
Lihat Sekolah →Pengajian Al-Quran
Jalan Kempadang Utama 1, Kampung Derhaka, 26060 Kuantan.
Lihat Sekolah →Pendidikan Awal
Batu 3 Jalan Gambang, Perkampungan Belukar Maju Kuantan.
Lihat Sekolah →