160
Orang Pelajar
Tingkatan 1 - Tingkatan 5
14
Kakitangan
12 Guru & 2 Staf Sokongan
Asrama
Sistem Penuh
Tarbiah & Disiplin
RM460
Yuran Bulanan
Termasuk Asrama & Makan
Sejarah Penubuhan SMAI (Disember 1995)
Sekolah Menengah Islam Al-Irsyad (SMAI) telah ditubuhkan pada bulan Disember 1995 bertempat di kawasan tanah yang sama dengan SRAI iaitu di Kampung Kurnia, Batu 3 1/2 Jalan Gambang, Kuantan.
Pada peringkat permulaan hanya terdapat seramai 33 orang pelajar (27 orang di Tingkatan Satu dan 6 orang di Tingkatan Dua). SMAI ditubuhkan bagi menyediakan kesinambungan pendidikan Islam secara integrasi, menyeluruh dan formal selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam.
Misi Utama SMAI:
Membentuk generasi muttaqin yang benar-benar mampu menghayati serta melaksanakan Islam, merealisasikan budaya ilmu berteraskan Islam serta memberikan kemahiran hidup berdikari.
Aktiviti Sukan & Kokurikulum SMAI
Kelab Memanah
Sukan sunnah utama dengan penyertaan aktif dan kejayaan dalam kejohanan negeri.
Kelab Tenis
Fasiliti gelanggang tenis khusus untuk melatih ketangkasan dan fokus pelajar.
Kelab Bola Tampar
Membina semangat kerjasama sepasukan, komunikasi dan kecergasan jasmani.
Daftar Kemasukan Tingkatan 1 SMAI Sesi 2026/2027
Permohonan dibuka secara dalam talian melalui portal Awfatech rasmi.